Tuesday, February 26, 2013

jom makan ladybug!


comel
sumber inspirasi
untuk anak anak nanti
hehehe

berangan jer...zzz

btw, ni baik n sgt bagus di apply di rumah buat surirumah fulltime or part time..
buat breakfast mcm ni mcm best je kan.. baru la anak2 tak boring asek mkn roti kosong je.
kalau utk si ayah budak, buatla bentuk hati..
hahaha

=P

saya harap sy rajin buat ini nanti
ameen

^_~





Tuesday, February 5, 2013

SUPERCAT...daebakkk!!!

kenanglah jasa ibu kita.. kisah ni tentang ibu kucing yg rela dirinya terbakar demi menyelamatkan anak2nya.. Allahu Rabbi.. betapa besar pengorbanan ibu.. seekor kucing berjiwa manusia,sedang skrg ramai manusia berjiwa binatang.. malah lebih teruk bila sanggup bakar anak yg dilahirkan sendiri.. moga ade pengajaran tuk semua... :'(
....................................................................................................................................


Pengorbanan besar Sang Ibu,

Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.

Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya.
...
Berbalik pada kejaidan itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka.

Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.

p/s: Kamu contoh ibu yang baik. Anak-anak dan keturunan kamu pastinya berbangga dengan pengorbanan yang di LAKUKAN. Manusia yang Buang dan bunuh anak perlu malu dengan kamu! Kerana kamu hanya seekor Haiwan yang berhati Manusia sedangkan Manusia sekarang ramai yang berperangai lebih teruk daripada binatang..