kenanglah jasa ibu kita.. kisah ni tentang ibu
kucing yg rela dirinya terbakar demi menyelamatkan anak2nya.. Allahu
Rabbi.. betapa besar pengorbanan ibu.. seekor kucing berjiwa
manusia,sedang skrg ramai manusia berjiwa binatang.. malah lebih teruk
bila sanggup bakar anak yg dilahirkan sendiri.. moga ade pengajaran tuk
semua... :'(
....................................................................................................................................
Pengorbanan besar Sang Ibu,
Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.
Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam
insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api
kebakaran ditempat tinggalnya.
...
Berbalik pada kejaidan itu,
Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya.
Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana
keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat
kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat
minggu dari bangunan yang telah hangus.
Keadaannya yang hangus
teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat
walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah
melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia
rebah dan pengsan.
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua
kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan
tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan
bersyukur atas keselamatan mereka.
Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.
p/s: Kamu contoh ibu yang baik. Anak-anak dan keturunan kamu
pastinya berbangga dengan pengorbanan yang di LAKUKAN. Manusia yang
Buang dan bunuh anak perlu malu dengan kamu! Kerana kamu hanya seekor
Haiwan yang berhati Manusia sedangkan Manusia sekarang ramai yang
berperangai lebih teruk daripada binatang..
